Sehingga malam tadi, seramai 41 mangsa dalam serangan bom bunuh diri di lapangan terbang antarabangsa di sini, awal hari ini masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di hospital Turki.
Menteri Kesihatannya, Recep Akdag, berkata mangsa terbabit adalah antara 250 yang cedera dalam serangan bom yang mengorbankan 41 orang setakat ini.
Dalam ulasan disiarkan secara langsung di setsen televisyen Turki, Akdag berkata, mangsa yang cedera terdiri daripada warga Arab Saudi, Afghanistan, Uzbekistan, Pakistan, Ukraine dan Switzerland. – Reuters