Sedang menanti kedatangan buah hati yang masih berada dalam rahim ibunda, pelbagai perkara harus disiapkan. Salah satu adalah menghias bilik khas untuk si comel nanti. Tentu sekali anda mahukan bilik yang selesa dan cantik untuk kesayangan. Wanista kongsikan tips dalam menghias bilik bayi.
1. Keselamatan yang utama
Pilihlah bahan-bahan yang tidak berisiko menimbulkan racun untuk seluruh bilik. Selain itu pastikan bilik dan tempat tidur tidak membahayakan bayi. Pilihlah bahan lembut bagi mengelakkan pertembungan dengan kepala bayi.
2. Pilih warna yang menenangkan
Anda tidak perlu memilih warna merah jambu untuk bayi perempuan dan biru untuk bayi lelaki. Sebaiknya anda memilih warna yang lembut dan menenangkan sebagai asas dan kemudian ditambahkan dengan hiasan yang sesuai ikut selera anda.
3. Kreatif
Tidak perlu mengeluarkan belanja yang banyak, anda boleh membuat hiasan sederhan sendiri. Hiasan gantung sederhana tempat tidur sangat menarik, anda boleh menggunakan kreativiti anda untuk menghiasnya.
4. Mudah dibersihkan
Hiasan yang terlalu banyak dan rumit akan menjadikan bilik bayi sukar dibersihkan. Pilihlah reka bentuk mudah supaya mudah untuk dibersihkan agar bilik bayi tidak menjadi sarang debu dan kuman. Pilihlah bahan yang mudah dibersihkan untuk seluruh bilik bayi anda.