Lebih lanjut mengenai penyakit Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS) – Ia adalah satu penyakit progresif neurodegenerative yang menjejaskan sel-sel saraf di dalam otak dan saraf tunjang, yang membawa kepada kelemahan otot, kehilangan penggunaan tangan dan kaki dan kesukaran bercakap, bernafas dan menelan. Ia juga membawa kepada maut. ALS telah meragut ramai orang pada usia agak muda termasuklah pemain bola sepak legenda Mokhtar Dahari.
Info lanjut : #ALSIceBucketChallenge? Apa Itu ALS ?
Ice Bucket Challenge – Ia adalah satu cabaran yang dimulakan oleh seseorang di Amerika Syarikat dan kini telah tersebar di seluruh dunia. Ia adalah satu cabaran yang bertujuan untuk mewujudkan kesedaran mengenai penyakit ALS.
Bagaimana untuk melakukannya.
- Anda pilih tiga nama (individu yang anda mahu lakukan cabaran ini)
- Anda curahkan sebaldi air dan ais ke badan.
- Kemudian wasiat yang berikutnya sama ada melakukan perkara yang sama atau terpaksa menderma US $ 100 (kira-kira RM330) kepada organisasi ALS.
Beberapa selebriti tempatan dalam dan luar yang turut serta dalam #ALSIceBucketChallenge. Malah, Lisa Surihani mengajak peminat dan masyarakat negara ini mempopularkan cabaran ‘ALS Ice Bucket Challenge’demi memberi kesedaran mengenai bahaya penyakit ini yang boleh membawa maut.
Dengan kempen tersebut, ALS Association telah menerima sumbangan sebanyak $13.3m dari 29 Julai hingga 17 Ogos 2014, di mana kutipan ini adalah 50 kali ganda daripada kutipan biasa yang mereka terima.
LISA SURIHANI
DATO NAZRI AZIZ
KHAIRY JAMALUDDIN
AMBER CHIA
BILL GATES
MARK ZUCKERBERG