Bagi anda yang ingin mencari maklumat mengenai penyebaran HIV dan juga AIDS atau apa-apa sahaja info mengenai kedua-dua penyakit itu, kini anda boleh mendapatkannya di sebuah pusat maklumat sehenti iaitu TemanTeman.org.
Mungkin ramai diantara anda yang kurang arif mengenai HIV dan juga AIDS terutamanya di zaman teknologi dan juga internet, ramai yang gemar menyebarkan maklumat yang tidak lengkap atau salah lalu mengelirukan orang lain. Justeru itu, di TemanTeman.Org, segala maklumat sahih dapat diperolehi kerana ia menggunakan khidmat bersama pakar-pakar HIV / AIDS Malaysia melibatkan selebriti melalui kempen unik interaktif dalam talian yang menggunakan media sosial untuk menggalakkan perkongsian maklumat mengenai rawatan, penjagaan dan sokongan kepada mereka yang berisiko.
Selain itu juga, TemanTeman.org berfungsi untuk membongkar mitos mengenai HIV / AIDS di Malaysia. Ia juga menawarkan maklumat telus mengenai ujian, HIV, Jangkitan kelamin, serta rawatan dan perkhidmatana penjagaan yang terdapat di Malaysia.
Sempena pelancarannya di Malaysia, TemanTeman.org merancang untuk menganjurkan pameran kesedaran fotografi HIV / AIDS menggunakan khidmat selebriti seperti Diana Danielle dan Carmen Soo. Yang menariknya, TemanTeman.org menawarkan lawatan maya untuk pelanggan dan pesakit dan berkongsi makluamt tentang cara untuk mengakses rawatan HIV di Malaysia di hospital rujukan pengajian tinggi seperti Unit Penyakit Berjangkit di PPUM, Hospital Sungai Buloh, Hospital Pulau Pinang dan Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
Jadi, bagi anda yang ingin mendapatkan maklumat mengenai HIV ataupun AIDS, anda boleh layari pusat maklumat sehenti ini!