Sebagai kaum wanita, menjaga dan merawat organ intim sangatlah diperlukan. Ini dilakukan bukan semata-mata untuk pasangan anda, , tetapi lebih daripada itu agar diri anda tidak mengalami masalah-masalah kesihatan berkaitan bahagian intim.
Alat kelamin wanita sangat mudah terdedah dengan sejumlah penyakit seperti radang pelvis atau kelainan pada struktur vagina ataupun timbulnya masalah keputihan yang boleh mendatangkan bahaya jika tidak mengambil akannya. Bagi wanita, masalah keputihan adalah satu masalah yang sangat meremehkan rutin harian. Ini kerana jika keputihan yang hadir terlalu banyak dan berbau ia merupakan satu faktor kepada masalah kesihatan bahagian sulit. Bahkan ia jugalah yang menjadi punca kepada kegatalan yang tidak henti di bahagian sulit ini.
Pucuk Pegaga – Ambil secekak pucuk pegaga berserta akarnya sekali dan cuci denga air sehingga bersih. Rebuskan pegaga tersebut dengan dua gelas air kosong serta campurkan sedikit garam. Setelah air campuran tersebut masak, biarkan ia sejuk dan tapis air rebusan itu. Amalkan meminum air rebusan tersebut dua kali sehari.
Daun Sirih – Dapatkan 12 helai daun sirih dan cuci bersih. Ambil seliter air kosong dan ramaskan daun sirih tersebut dengan air tersebut. Kemudian tapiskan air yang sudah diramas dengan daun sirih tersebut dan gunakan untuk mencuci bahagian kemaluan wanita.
Pucuk Kaduk – Ambil beberapa helai pucuk kaduk yang tua dan rebus. Sejukkan air rebusan tersebut dan gunakan untuk mencuci bahagian kemaluan ketika membuang air kecil atau selepas datang haid. Ia dapat mengurangkan keputihan dan menghilangkan rasa gatal pada bahagian sulit ini.
Majalah Eh