Bagi mereka yang masih sedang bergelut dalam mencari pasangan hidup yang tepat, tentu mencari jodoh mungkin boleh dijadikan sebagai alternatif. Akan tetapi, tidak semua orang suka dengan jodoh secara paksa walau apapun situasinya, baik oleh desakan orang tua, umur, ataupun keadaan.
Memang, menolak pelawaan jodoh dengan seseorang bukanlah perkara mudah. Sama halnya seperti sebuah bungkusan barang mudah pecah yang harus ditangani dengan sangat hati-hati. Lantas, sikap bijak seperti apa yang seharusnya dilakukan untuk menolak tawaran mencari jodoh ini? Berikut beberapa perkara yang mungkin boleh anda lakukan:
1. Anda boleh membincangkan hal ini dengan orang tua atau seseorang yang anda percayakan dapat memberikan penyelesaian terbaik. Memberi pengertian yang bijak dan hormat kepada kepada orang tua sangat digalakkan untuk dilakukan.
2. Sampaikan dengan jelas dan terus terang kepada orang yang dijodohkan dengan anda. Anda boleh memberikan alasan kuat dan rasional mengapa anda menolaknya. Berhati-hatilah agar jangan memberi kesan bahawa anda akan berubah fikiran jika dia berusaha lebih gigih lagi. Dengan menjelaskan bahawa anda tidak mempunyai perasaan romantis terhadapnya, perkara ini tidak akan membuatnya bingung sekaligus memudahkan dia untuk mengatasi kekecewaannya.
3. Minta petunjuk dari Tuhan berkaitan dengan keputusan yang anda ambil. Jika anda sendiri tidak mendapat pengesahan “ya” dari Tuhan dan orang tua tetap menolak hujah anda tentang orang yang dijodohkan dengan anda, ingatlah bahawa masih ada Tuhan. Tuhan jauh lebih mengetahui apa yang terbaik buat anda. Yakinlah bahawa jika Tuhan menghendaki, apapun boleh terjadi, termasuk melancarkan atau menghalang terjadinya hal tersebut.