Kerajaan akan mengkaji semula 250 barangan yang sedang tertakluk kepada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 10 peratus bakal tertakluk pula oleh Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) .
Menurut laporan SinarHarian d aripada sekumpulan 900 barangan, 10 peratus SST dikenakan ke atas 700 barang ketika ini, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada forum persediaan pelaksanaan GTS.
Mengenai kemajuan GST, Ahmad Husni berkata rangka kerjanya kini di peringkat akhir dan kemungkinannya akan dibentangkan kepada Kabinet April ini.
Beliau berkata rangka kerja itu akan meliputi senarai akhir barangan yang dikenakan cukai mengikut struktur baharu percukaian yang lebih rendah.
Mengulas kemungkinan semakan menaik kadar enam peratus GST pada masa depan, Ahmad Husni berkata belum ada perbincangan untuk menyemak kadar berkenaan.
GST pada kadar enam peratus mulai 1 April, 2015 adalah antara yang terendah di dunia.
“Namun, jika kadar itu perlu dikaji semula, ia akan mengambil masa beberapa tahun. Sebarang peningkatan dalam kadar GST adalah bertentangan dengan prinsip kerajaan dalam melindungi kebajikan rakyat,” katanya. – Bernama
Sumber : SinarHarian