Semalam telah berlangsungnya Hari Terbuka KLIA2 untuk rakyat Malaysia yang ingin melihat lapangan terbaharu baharu Malaysia secara dekat. Pendaftaran bermula pada pukul 9 pagi dan program bermula pada pukul 10 pagi dan berakhir pada pukul 5 petang. Pas menaiki pesawat khas dikeluarkan kepada pelawat semasa pendaftaran sebagai cenderahati. Selain itu juga terdapat perkhidmatan bas ke Landasan baru 3 dan kemudahan airside lain yang ditawarkan kepada semua pengunjung. Pada hari itu juga terdapat banyak butik dan restoran yang dibuka khas untuk pengunjung.
Terminal klia2 adalah seluas sekurang-kurangnya 257,000 meter persegi, dengan 60 pintu pelepasan, 8 remote stands, 80 aerobridges, ditambah dengan ruang runcit 32,000 meter persegi untuk menampung lebih 225 kedai runcit termasuklah butik dan restoran.