Siapa yang tidak kenal Blake Lively, seorang pelakon wanita yang terkenal dengan watak Serena van der Woodsen dalam cerita bersiri Gossip Girl. Beliau dikenali atas bakat lakonan dan permodelan nya yang besar dan juga rupanya yang manis dan cantik. Disini adalah 13 fakta menarik mengenai Blake Lively yang mungkin anda tidak tahu:
- Nama penuh Blake adalah Blake Christina Lively. Beliau dilahirkan pada 25 Ogos 1987. Semasa kecil, beliau telah dididik di rumah dan menjadi benar-benar popular di peringkat sekolah menengah.
- Beliau sangat suka memasak. Malah beliau telah mengikuti pelbagai kelas masakan seluruh dunia! Wow berbakat betul pelakon sorang ni!
- Blake adalah seorang yang sangat meminati muzik. Beliau meminati penyanyi Britney Spears dan Justin Timberlake.
- Blake terlalu gemar pengembaraan Disney. Itulah sebabnya beliau sering dilihat berada di taman pengembaraan Disney seluruh dunia.
- Blake sukakan haiwan peliharaan. Beliau pernah membela seekor itik comel sebagai haiwan kesayangan di rumahnya. Comel, bukan?
- Blake datang daripada keluarga pelakon. Bapanya juga seorang pelakon yang hebat.
- Blake dikenali sebagai seorang yang sangat mesra dengan semua. Beliau suka untuk bergaul dan bersosial. Malah, beliau merupakan kawan kepada salah satu pelakon terkenal, Julia Roberts.
- Pada tahun 2010, Blake telah dipilih sebagai selebriti paling panas untuk Maxim. Beliau adalah antara 100 wanita paling panas senarai dunia, yang merupakan satu penghormatan buat beliau.
- Pada tahun 2013, Blake telah ditandatangani oleh L’Oreal dalam tugasan alatan solek pertamanya.
- Blake lebih suka untuk tinggal di New York City. Walaupun, beliau juga sukakan Paris.
- Blake dikenali dengan gaya classy dan beliau telah banyak kali dicalonkan sebagai ikon gaya nombor satu!
- Blake berdiri 5 kaki 10 inci tinggi, dan ini adalah sebab mengapa beliau benci memakai kasut tumit tinggi.
- Blake hanya sukakan warna merah jambu, yang agak girly menurut beliau. Beliau mempunyai banyak pakaian merah jambu.
Sumber: http://www.magforwomen.com/