Gambar Terkini Kristen Stewart, Robert Pattinson Bergembira ( 6 Gambar )
oleh Aida Sue

Kristen Stewart telah dilihat bersama dengan teman lelaki nya Robert Pattinson buat pertama kalinya selepas ribut kontroversi yang melanda mereka dimana Kristen yang dikatakan telah curang bersama direktor filem Rupert Sanders bulan Julai lalu. ( artikel : SINI ) Pasangan itu kelihatan gembira apabila keluar makan bersama rakan-rakan mereka di Hollywood kelmarin.

Sebelum ini website Entertainment Tonight telah menerbitkan artikel dan gambar mengenai pasangan kekasih dalam filem Twilight itu di Ye Rustic Inn iaitu sebuah bar di bandar Los Angeles.

Teman rapat mereka memberitahu media bahawa mereka tidak mahu dikecam apabila muncul di kata televisyen ataupun di media bersama kerana mereka tahu ramai yang akan mengkritik tindakan Kristen dan Robert. Oleh kerana itu mereka mahu hubungan yang lebih intim dan kurang pubsiti.

Filem sekual terbaru Twilight , The Twilight Saga: Breaking Dawn – Part 2 akan ditayangkan pada 16 November 2012.

Poster filem terbaru mereka The Twilight Saga: Breaking Dawn – Part 2

Trailer filem The Twilight Saga: Breaking Dawn – Part 2

Tinggalkan komen

Email *

All Rights Reserved. Vijandren Ramadass.