Kisah Anak-Anak Yatim Yang Dihalau Dari Rumah Perlindungan Rawang Part 1
oleh Aida Sue

 

Berita ini kami dapat melalui sumber laman Facebook dan kejadian ini berlaku pada minggu lepas. Seramai 18-20 orang anak yatim/tahfiz yang tinggal di rumah perlindungan di Rawang telah dihalau dari rumah perlindungan mereka. Punca mereka dihalau tidaklah diketahui dan sumber pun hanya kami dapat melalui Facebook tetapi ada sumber mengatakan rumah perlindungan di Rawang itu terlalu padat sehingga terpaksa menghalau anak-anak ini. Kesemua anak-anak ini telah dihantar menggunakan lori pada pukul 3 pagi ke sebuah rumah yang diwakafkan menjadi surau di Taman Lestari Putra. Dan apa yang menyedihkan,anak-anak ini hanya mampu membeli 8 ketul ayam goreng dan dikongsi beramai-ramai 18-20 orang anak lain.

Anak-anak tidur beralaskan tikar di surau

Ustaz Abdullah iaitu penjaga surau ini merupakan penjaga sementara anak-anak yatim itu.

Ini merupakan surau dimana anak-anak yatim itu menumpang di Taman Lestari Putra.

Alamat surau Taman Lestari Putra : No 158, Jalan Lep 1, Taman Lestari Putra, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, 43300, Selangor. ( Ustaz Abdullah Iraqi : 0124990668 )

Dan memandangkan kami gagal bercakap dengan ustaz yang menjaga mereka di surauitu setelah berkali-kali cuba menelefon beliau, saya dan beberapa orang rakan akan pergi ke surau Taman LestariĀ  Putra untuk melihat keadaan sebenar anak-anak yatim itu hari ini.

Walaupun tidak tahu kesahihan berita ini, jika ia benar kami harap ia dapat dijadikan iktibar untuk semua dan jangan kita sekali-kali berlaku zalim kepada anak-anak yatim dan di bulan Ramadhan yang mulia ini, kalau tak banyak pun, kita bantu mereka yang memerlukan biarpun sumbangan kita itu kecil.

Jika ada di antara anda yang mahu menghulurkan sumbangan atau mengetahui berita ini dengan lanjut, anda boleh lah singgah dan jengok surau di Taman Lestari Putra dan bagi yang sudah pergi atau ada info terbaru, bolehlah kongsikan dengan kami.

Sumber : Facebook

Kami saja nak share

Video Hari Raya dari Bernas – iklan paling tersedih 2012 bagi kami

Komen anda?
7 Komen
rr

kesian betul :(
mohon #TwtupKaseh next for them and also do something about the rumah perlindungan kan Rawang tu. sedih.

August 11, 2012 @ 10:15 am Reply
Nikli

Hai the team..!

Saya ada pernah baca cerita ni minggu lepas di opis.
Tapi info yang saya baca pasal contact person macam ni;

Ustaz Firdaus 0193930851.
Atau dtg sendiri ke alamat: No 58, Jalan LEP 1, Taman Lestari Puchong.

So, pasal ctc person tak sure yang mana satu.
Add pun, samada 58 or 158.

Sekadar kongsi..!
Selamat beramal jariah, semoga dimudahkan urusan semua..

Salam dari bumi Miri..

August 11, 2012 @ 12:11 pm Reply
Nikli

Cuba call number tuh tadik. Tapi left unanwswered..

August 11, 2012 @ 12:12 pm Reply

[...] dekat Twitter ada kecoh sekejap pasal Kisah Anak-Anak Yatim Yang Dihalau Dari Rumah Perlindungan Rawang. Saya sebagai manusia yang sudah kehilangan ayah, tempat bergantung kasih dan sayang, tempat sumber [...]

August 11, 2012 @ 2:48 pm Reply

[...] dari artikel kami yang bertajuk ‘Kisah Anak-Anak Yatim Yang Dihalau Dari Rumah Perlindungan Rawang Part 1′ , tengahari tadi saya dan beberapa orang rakan telah pergi ke surau sementara Taman Lestari Putra [...]

August 11, 2012 @ 9:20 pm Reply
Yayasan Scomi

Assalamualaikum wbt. Yayasan Scomi tidak terlibat dalam pentadbiran dan pengurusan Rumah Perlindungan Tahfiz tersebut. Keputusan untuk berpindah dari Rumah Perlindungan tersebut di Rawang bukanlah keputusan Yayasan Scomi dan Yayasan Scomi menafikan dengan setegasnya samada secara langsung atau tidak langsung penglibatan kami dalam langkah-langkah yang diambil untuk menangani masalah yang dihadapi oleh Rumah Perlindungan Tahfiz tersebut. Yayasan Scomi amat kecewa ke atas fitnah yang ditujukan kepada Yayasan Scomi dalam penyataan bahawa sekumpulan anak-anak yatim di halau dari rumah perlindungan mereka oleh Yayasan Scomi. Sebagai satu badan yang bertanggungjawab, Yayasan Scomi memantau dan memberi pandangan dan nasihat dari masa ke semasa kepada pihak pentadbiran badan-badan kebajikan yang kami bantu, walaupun sebarang keputusan terakhir adalah dibuat oleh pihak pentadbiran itu sendiri.

Ingin kami tekankan bahawa peranan Yayasan Scomi adalah terhad kepada menghulurkan bantuan kewangan berdasarkan peruntukan yang ditentukan untuk kerja-kerja kebajikan termasuk bantuan bagi anak-anak yatim, warga miskin dan yang memerlukan termasuk bantuan pendidikan bagi kanak kanak yang memerlukan. Yayasan Scomi memberi bantuan yang sedemikian kepada beberapa badan yang memerlukan dan individu yang termasuk di dalam golongan tersebut.

August 13, 2012 @ 10:22 pm Reply

Mmmmmm..macam mana nak tahu kisah kebenaran, susah nak dengar dari sebelah pihak jer..kekadang berita yang kita dengar boleh timbulkan fitnah..kalau tidak benar..dan mengumpat kalau benar…dosanya tetap sama gak….kekadang kata orang tua-tua ada jugak benarnya…adalah lebih baik berdiam diri atau bertindak sendirian jer…Wallahualam

November 1, 2012 @ 2:13 am Reply
Tinggalkan komen

Email *

All Rights Reserved. Vijandren Ramadass.