[ Berita Penuh Dan Video ] Kisah Anak-Anak Yatim Yang Dihalau Dari Rumah Perlindungan Rawang Part 2
oleh Aida Sue

Susulan dari artikel kami yang bertajuk ‘Kisah Anak-Anak Yatim Yang Dihalau Dari Rumah Perlindungan Rawang Part 1′ , tengahari tadi saya dan beberapa orang rakan telah pergi ke surau sementara Taman Lestari Putra dikatakan telah menempatkan anak-anak yatim yang dihalau keluar dari sebuah rumah perlindungan tahfiz yang terletak di Rawang. Surau ini terletak tidak jauh dari persimpangan Seri Kembangan di lebuhraya LDP menghala ke Putrajaya. Sesampainya kami disana, kami disambut oleh ustaz dan penduduk taman perumahan yang ada di surau itu. Keadaan surau yang masih belum lengkap dan bahang sedikit sebanyak agak menyentuh hati kami akan tetapi tidak kelihatan anak-anak yatim seramai 18 orang yang telah disebutkan seperti artikel sebelum ini.

Tempat dimana anak-anak yatim ini tidur. Sebelum ini mereka terpaksa tidur di atas lantai simen kerana keadaan surau yang serba baru dan tidak sempurna. Ustaz Abdullah memasang penghadang putih bagi mengelakkan air hujan masuk ke dalam kawasan surau.

Kami terlebih dahulu berbual dengan seorang ustazah, iaitu rakan baik kepada ustaz Abdullah Iraqi sebelum berbual dengan ustaz Abdullah sendiri selepas solat Zohor. Ustaz Abdullah Iraqi merupakan penjaga surau sementara Taman Lestari Putra, dan kami menemubual mereka untuk mengetahui perkara sebenar yang terjadi pada anak-anak yatim tersebut. Menurut kata mereka, memang benar seramai 18 orang anak yatim tahfiz yang berumur 7 tahun hingga 15 tahun telah dihalau oleh sebuah rumah perlindungan untuk para tahfiz yang terletak di Rawang, Selangor kerana berlaku penyelewengan wang zakat yang diamanahkan kepada rumah perlindungan tahfiz tersebut.

Video temubual bersama Ustaz Abdullah Iraqi dan Ustaz Firdaus


Ustaz Abdullah Iraqi

Ustaz Firdaus, penjaga anak-anak yatim

Rumah perlindungan tahfiz yang terletak di Rawang itu diuruskan oleh sebuah syarikat M dengan menggunakan sumber dana zakat dari Yayasan. Menurut kata penjaga anak-anak yatim tahfiz itu, Ustaz Firdaus, Yayasan telah mendapat tahu bahawa wang yang disalurkan kepada mereka tidak digunakan untuk pembelajaran anak-anak yatim tahfiz tersebut dan anak-anak yatim itu tidak mendapat SATU SEN pun duit zakat yang sepatutnya digunakan untuk mereka. Pihak Yayasan bertindak untuk menutup rumah perlindungan tahfiz tersebut 1 minggu sebelum bulan Ramadhan dan sebagai penjaga anak-anak yatim, Ustaz Firdaus telah menghubungi Ustaz Abdullah untuk meminta pertolongan dari segi tempat perlidungan sementara buat 18 orang anak-anak yatim tahfiz ini. Mujur Ustaz Abdullah sedang dalam proses untuk membina surau sementara di Taman Lestari Putra dan bersetuju untuk membantu Ustaz Firdaus dan anak-anak yatim tersebut.

Dan pada hari kejadian iaitu 1 minggu sebelum Ramadan, seramai 18 orang anak yatim bersama penjaga telah menaiki lori dan pergi ke surau sementara di Taman Lestari Putra, Seri Kembangan pada pukul 3 pagi. Dan di surau yang berlantaikan simen sejuk dan masih belum siap sepenuhnya inilah mereka menempatkan anak-anak yatim itu dan menjadikan surau itu sebagai pusat perlindugan sementara sebelum membuat apa-apa keputusan lanjut. Anak-anak yatim itu terpaksa tidur di atas tikar kerana mereka hanya dapat menempatkan beg dan barang di dalam ruang bilik surau yang sempit. Menurut kata ustaz, pada awal Ramadhan lepas, mereka agak sukar untuk mengawal situasi memandangkan keadaan surau yang masih belum siap, dana yang tidak mencukupi dan mujurlah ada penduduk taman perumahan yang sudi membantu dan mengalu-alukan kehadiran anak-anak yatim itu. Penduduk taman perumahan telah mengambil langkah pantas dengan menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menguruskan bantuan kewangan dan keperluan yang diketuai oleh Puan Noraida Bakar dan setakat ini bantuan seperti bekalan makanan iftar dan bantuan lain tidak putus-putus disalurkan sejak 1 minggu lepas.

Mengikut kata ustaz, anak-anak tahfiz ini ada diantaranya anak yang tidak ibu atau bapa, tidak kedua-kedua ibu dan bapa, ada yang datang dari golongan miskin, dan ada juga diantara mereka yang masih mempunyai ibu dan bapa tetapi bekerja di Chowkit dan sebagainya. Maka, mereka ini dihantar ke pusat tahfiz untuk mendalami ilmu agama tetapi lain pula jadinya. Sejak dari Rabu lepas, anak yatim yang mempunyai waris telah dihantar pulang bagi menyambut Aidilfitri ( tetapi yang tidak ada keluarga, tidak dinyatakan pula anak itu beraya dimana), dan mereka akan dihantar pulang ke surau sementara Taman Lestari Putra pada 15 Syawal dan buat masa sekarang jawatankuasa khas masih lagi tidak ada kata putus sama ada untuk terus menempatkan anak-anak yatim itu disitu, atau menghantar mereka ke rumah tahfiz lain yang masih ada kekosongan. Untuk pengetahuan anda, surau sementara ini akan ditutup dari 28 Ramadhan sehingga 5 Syawal kerana penduduk taman akan pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri dan sebarang keputusan mengenai anak-anak yatim tahfiz ini akan dibuat selepas hari Raya Aidilfitri.

Dua orang anak yatim piatu tahfiz yang masih belum dihantar pulang sempena Hari Raya Aidilfitri. Kata ustazah, mereka ini tiada waris.

Buat sementara ini, bantuan dalam bentuk kewangan, barang keperluan seperti tilam, sabun, ubat gigi, selimut, bekalan makanan kering dan juga cadangan tempat tinggal untuk anak-anak yatim tahfiz selepas ini amat dialu-alukan. Bantuan ini boleh disalurkan terus kepada :

Surau Taman Lestari Putra : No 158, Jalan Lep 1, Taman Lestari Putra, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, 43300, Selangor. ( Ustaz Abdullah Iraqi : 0124990668 )

Atau hubungi ahli jawatankuasa sementara Puan Noraida Bakar 0192725596 ( Akaun Maybank2U : 562487301133 )

Saya dan rakan-rakan akan update dari semasa ke semasa dan selepas hari Raya nanti, kami akan sekali lagi pergi ke surau sementara untuk melihat sendiri keadaan anak-anak yatim tahfiz tersebut. Sama-sama kita doakan kesejahteraan anak-anak yatim itu dan diharap akan Tuhan memudahkan urusan penjaga dan juga membuka jalan untuk membantu anak-anak yatim tahfiz nanti.

Ada berita yang kurang enak juga kami dengar dimana seorang jiran yang merupakan seorang wanita berpakaian seperti lelaki, beragama Islam, yang tinggal selang 2 buah rumah dari surau sementara Taman Lestari Putra telah menelefon pihak polis kerana merasa terganggu dengan bunyi azan dan bacaan ayat Quran dari surau sementara dan menganggap kehadiran anak-anak yatim itu mengganggu ketenteraman kawasan perumahan. Tadi kami sempat melihat beberapa orang penduduk taman perumahan berkumpul didepan rumah wanita yang membuat laporan polis, tetapi wanita itu enggan keluar rumah.

* Video temubual telah diedit atas sebab-sebab tertentu. Harap Maklum*

Komen anda?
18 Komen

Kesiannya nasib budak-budak ni, semoga akan dipermudahkan untuk menyelesaikan masalah yang melanda.

August 11, 2012 @ 11:38 pm Reply
Rhu

Kesiannya.. Good job aidasue utk berita nih! Mesti ramai akan bantu bila dah keluar berita ni.

August 12, 2012 @ 12:57 am Reply
Nikli

Kerja murni..!
Thank for the update..

August 12, 2012 @ 12:17 pm Reply
cikbukantipikal

Aida,i pun pegi surau tu haritu. I called you tapi u xjawab. maybe u da balik time tu. And masa kitorang sampai,polis da sampai untuk slow talk dengan jiran yg mengadu. Memang sedih dengar ceritanya,sedih lagi tengok situasi Muslim berperangai macam tu dengan anak yatim. Alhamdulillah,lepas confront hampir sejam dgn polis dan orang2 taman, dia minta maaf dan bersedia untuk bertolak ansur. My fiancee and i spent almost 2 hours there borak2 dengan both ustaz,the children and org2 taman..tapi sekeping gambar pon xsnap..:-) i guess 15 syawal nnti lah baru tahu apa nasib anak2 nie..

August 12, 2012 @ 11:55 pm Reply
nor fadila

hurmmm syarikat M,dgn yayasan scomi..awk tahu apa makna makan duit hasil anak yatim..tuhan itu maha adil dan saksama..tak didunia fana ini atau di akhirat kelak..tuhan pasti akan membalas niat awk..pay by cash….semoga allah melindungi anak2 ini dari segala kecelakaan adan kecelaan..allah tidak tidur,sentiasa melihat…

August 13, 2012 @ 7:53 am Reply

patutnya bulan Ramadan kita banyakkan buat kebajikan bukannya menambahkan dosa. Mohon maaf sebab saya dah rembat stuff ni..

August 13, 2012 @ 8:48 am Reply

Ya Allah kesiannya..diorang tak tahu ke berdosa buat macam tu kat anak yatim..Ya Allah Engkau permudahkan urusan anak-anak yatim ini..

August 13, 2012 @ 4:28 pm Reply

Assalamualaikum wbt. Yayasan Scomi tidak terlibat dalam pentadbiran dan pengurusan Rumah Perlindungan Tahfiz tersebut. Keputusan untuk berpindah dari Rumah Perlindungan tersebut di Rawang bukanlah keputusan Yayasan Scomi dan Yayasan Scomi menafikan dengan setegasnya samada secara langsung atau tidak langsung penglibatan kami dalam langkah-langkah yang diambil untuk menangani masalah yang dihadapi oleh Rumah Perlindungan Tahfiz tersebut. Yayasan Scomi amat kecewa ke atas fitnah yang ditujukan kepada Yayasan Scomi dalam penyataan bahawa sekumpulan anak-anak yatim di halau dari rumah perlindungan mereka oleh Yayasan Scomi. Sebagai satu badan yang bertanggungjawab, Yayasan Scomi memantau dan memberi pandangan dan nasihat dari masa ke semasa kepada pihak pentadbiran badan-badan kebajikan yang kami bantu, walaupun sebarang keputusan terakhir adalah dibuat oleh pihak pentadbiran itu sendiri.

Ingin kami tekankan bahawa peranan Yayasan Scomi adalah terhad kepada menghulurkan bantuan kewangan berdasarkan peruntukan yang ditentukan untuk kerja-kerja kebajikan termasuk bantuan bagi anak-anak yatim, warga miskin dan yang memerlukan termasuk bantuan pendidikan bagi kanak kanak yang memerlukan. Yayasan Scomi memberi bantuan yang sedemikian kepada beberapa badan yang memerlukan dan individu yang termasuk di dalam golongan tersebut.

August 13, 2012 @ 10:19 pm Reply
Farid

Saya rasa untuk berlaku adil, patut juga dipanggil wakil pihak Yayasan SCOMI dan syarikat M bagi mengetahui perkara sebenar. Yayasan SCOMI sepatutnya melaporkan pada pihak polis sbb ada breach of trust, tapi kena mereka tak berbuat demikian?

August 14, 2012 @ 9:01 am Reply
KHALID

Saya ikir lebih baik dengar dari dua pihak untuk mendapatkan gambaran situasi sebenar. JANGAN terus jatuh hukum kepada tangan yang memberi..Insya Allah

August 14, 2012 @ 5:05 pm Reply
QUSHAI

Lebih baik panggil ketiga-tiga pihak dalam satu mesyuarat. Tapi mcm ada yang tak kena. ‘Peranan Yayasan Scomi adalah terhad kepada menghulurkan bantuan kewangan berdasarkan peruntukan yang ditentukan untuk kerja-kerja kebajikan’. Tapi tak buat pemantauan ke keatas bantuan yg dihulurkan. kemana dana itu disalurkan, siapa yg diberi tanggung jawap bg memastikan wang yg disalurkan sampai kpd orang yg sepatutnya. Jika ada penyelewengan Pihak Yayasan perlu ambil tindakan.

August 15, 2012 @ 11:33 am Reply
Amir

Sebelum kita bagi komen, adalah lebih baik jika kita sendiri buat selidik.. kalau tak kita bagi komen membabi buta dan hanya memulakan fitnah.

Conthonya, komen Sdri Nor Fadila adalah tidak munasabah. Sama ada beliau tak faham isu sebenarnya atau atas alasan-alasan lain, saya tak tahu.

Beliau menuduh Yayasan Scomi dan Syarikat M memakan duit hasil anak yatim? Buat makluman Saudari, Yaysan Scomi bukannya Lembaga Zakat.. Mereka hanyalah sebuah Yayasan yg membuat kerja-kerja kebajikan dan diantara kerja-kerja amal yg dijalankan ialah memberi bantuan kpd rumah-rumah Anak Yatim.

Dalam perkara ini, saya rasa Yayasan Scomi telah menyalurkan derma tersebut (bukan wang zakat) kpd Rumah Anak Yatim melalui Syarikat M, tetapi kalau saya faham betul2, Syarikat M yg tidak menguruskan wang tersebut secara sepatutnya. Yayasan Scomi bukannya pihak yg menguruskan Rumah Anak Yatim tersebut. Jadi isu Yayasan Scomi tutup Rumah Anak Yatim jelas sekali fitnah.

Yang kita harus selidik ialah kemana perginya wang derma tersebut dan bagaimana caranya kita boleh membantu anak-anak yatim tersebut? Bukannya menuduh membabi buta…

August 15, 2012 @ 12:49 pm Reply

[...] Selangor. Baca di Kisah Anak-Anak Yatim Yang Dihalau Dari Rumah Perlindungan Rawang Part 1 dan [Berita Penuh dan Video] Kisah Anak-Anak Yatim Yang Dihalau Dari Rumah Perlindungan Rawang Part 2 . Terdapat sedikit percanggahan fakta di antara pihak penjaga anak-anak yatim tahfiz dan juga dari [...]

August 16, 2012 @ 11:25 am Reply
Asma

Sangat setuju dengan saudara Amir. Mengapa harus dipersalahkan pada tangan yang memberi…

August 17, 2012 @ 9:50 am Reply
pak wan

Boleh saya tahu apa nasib anak2 yatim ni sekarang? Dah hampir sebulan tiada kabar berita.

September 9, 2012 @ 5:53 pm Reply
fillah

assalamualaikum,
alhamdulillah,dengar berita skang ni budak2 ni dh ada tempat belajr yg terbaik,
smoga Allah memberi yang terbaik kpd mereka yg mmbntu..
sama2 kita doakan spya mreka peroleh kejayaan dunia dan akhirat..
dan x lupa jga kpd pihak SCOMI yg telah banyak membantu bdk2 ni,dan berharap sgala fitnah yg dtaburkan kpd pihak scomi dpt dimaafkan…
terima kasih sahabat2 smua..
wassalam..

September 25, 2012 @ 11:26 am Reply
concern

Minta kementerian/jabatan menyatukan semua urusan usaha yang berselerak berkenaan dengan anak-anak yatim seluruh Malaysia bagi membendung fitnah :-
Apa kata:-
1. Lembaga Kebajikan Masyarakat
2. Jabatan Agama Islam
3. Jabatan Agama Islam Negeri
4. Dan lain jabatan kerajaan yang berkaitan

Elakkan individu yang tidak bertauliah dari melindungi nasib mereka dan mempergunakan mereka!

November 11, 2012 @ 3:41 am Reply
cicicici

laa…kami baru je beli rumah sebelah surau tu..tak tau pulak kes anak yatim ena halau tu…tapi kami tak masuk lagi rumah tu..bulan 3 baru dapat kunci…hmm….macam2 hal..sian anak2 yatim tu..kalau mereka ada time kami pindah nanti mesti meriah…anak2 pun mesti suka sebab ramai kawan.

February 11, 2013 @ 1:07 am Reply
Tinggalkan komen

Email *

All Rights Reserved. Vijandren Ramadass.