“Age Is Just A Number” – Ungkapan ini perlu ada dalam kamus minda anda.
Apa tidaknya lihat sahaja fesyenista di bawah ini, mereka semuanya boleh dikatakan sudah lanjut usia tetapi masih mampu berfesyen. Jadi, jika anda rasakan fesyen adalah untuk orang muda, itu sama sekali tidak betul.
Ceritanya, Ari Seth Cohen, seorang jurugambar telah melawat ke negara-negara seperti Afrika Selatan, Sweden, Itali dan Australia, untuk membuktikan bahawa gaya dan fesyen tiada kaitan dengan usia malah sesiapa sahaja boleh bergaya.
Kebanyakan mereka ini sudah berusia 60 tahun ke atas tetapi mereka masih vogue dan smart, kan.