Jubah dan abaya hitam menjadi trend terkini di Malaysia. Banyak pereka fesyen gemar mengolah kembali jubah hitam konvensional menjadikan ia tambah menarik dengan potongan dan perincian agar nampak mewah dan boleh dipakai dimana sahaja. Inspirasi itu bukan sahaja diambil dari negara Timur Tengah, bahkan ada pereka fesyen tempatan menggunakan tema dari Asia dan juga Eropah untuk dimasukkan ke dalam koleksi jubah dan abaya terkini mereka. Jom lihat inspirasi fesyen jubah dan abaya hitam yang boleh anda dapatkan di butik dan juga dapatkan di dalam talian.