Nampak real kan?
Mungkin pada pandangan anda, solekan kesan khas ini dibuat oleh individu yang berpengalaman tapi tahukah anda bahawa ianya merupakan hasil kerja solekan khas yang dilakukan oleh gadis berusia 17 tahun. Ya, tak percaya?
Melihat hasilnya juga boleh dikatakan ia setanding dengan pakar solekan kesan khas yang sering diguna pakai dalam filem-filem berskala besar Hollywood.
Gadis bernama Tiffany Baze Tiffany Baze (@tiffanybazesfx) yang berasal California, Amerika Syarikat (AS) menceritakan minatnya itu timbul sejak beberapa tahun lalu ketika dia mengenakan solekan bagi sambutan Halloween.
Sejak mula memuat naik hasil kerjanya di laman sosial sembilan bulan lalu, Tiffany banyak menerima pelbagai komen negatif daripada orang luar yang tidak gemarkan teknik solekan ‘ngeri’ yang dihasilkannya.
“Ada yang sukakannya tapi ada juga yang sebaliknya, mereka komen kenapa ada orang yang sanggup menyolek sehingga menjadi rupa terlalu ngeri dan menakutkan. Tapi bila tengok ada yang komen suka dengan solekan saya, ia lebih memberi makna kepada saya kerana mereka berminat dan menghargai hasil kerja saya,” katanya.
Menurut Tiffany, solekannya boleh disiapkan dalam tempoh 40 minit hingga ke tiga jam bergantung kepada kesukaran solekan itu.