Mengucapkan terima kasih hanya melalui kad dan bunga sahaja tidak mencukupi. Perlu ada sesuatu yang best dan menarik.
Oleh itu, sempena sambutan Ulang Tahun No-Sebum Mineral Powder yang ke-10, innisfree memberikan anda sesuatu yang lebih berharga malah memberi senyuman di bibir.
Didatangkan dalam pelbagai warna pastel dan pembungkusan yang comel, set edisi terhad bedak kompak paling laris dengan reka bentuk menarik adalah cara innisfree untuk menyatakan rasa terima kasih kepada peminat.
Antara reka bentuk dengan mesej pada bedak kompak edisi terhad, adalah seperti:
Thank You – Terima Kasih adalah cara yang paling mudah untuk menunjukkan penghargaan anda. Ia mudah, tepat dan bermakna tidak mengira keadaan. Anda boleh berkata terima kasih untuk memberitahu seseorang yang anda hargai tetapi mengapa tidak menunjukkan mereka dengan sesuatu yang lebih menarik? Yang pasti walau ke mana sahaja mereka pergi, mereka akan memikirkan anda apabila menggunakan bedak kompak ini.
Good Luck – Gemuruh tidak dapat dielakkan dan kadang-kadang kata-kata sahaja tidak mencukupi. No-Sebum Mineral Powder dengan mesej galakan sekeligus memberikan keyakinan yang mereka perlukan. Dan jika itu tidak mencukupi, bedak kompak ini amat berkesan dalam mengurangkan peluh untuk membantu darah gemuruh mereka.
Best Friend Forever – Ini peringatan comel mungkin kecil tetapi cukup bermakna untuk BFF. Ambil peluang ini untuk menunjukkan penghargaan terhadap persahabatan dan berkongsi rahsia untuk solekan tahan lama.
You Are The Best – Kata-kata seperti ‘You Are The Best’ adalah cara yang baik untuk menggalakkan dan meningkatkan keyakinan seseorang. Ini juga merupakan pilihan yang hebat untuk sesiapa yang berasa tidak yakin tentang keadaan kulit mereka. No-Sebum Mineral Powder ini boleh menjadi penyelesaian kepada masalah dan jaminan yang mereka perlukan.
Dreams Come True – Mengakui ketabahan dan mencerahkan hari mereka dengan No-Sebum Mineral Powder untuk mengingatkan impian mereka yang pasti akan berlaku. Anda boleh menggalakkan mereka untuk mencuba regimen penjagaan kulit baru untuk pertempuran tekanan mereka. Bedak kompak ini akan mengawal sebum yang berlebihan untuk mengurangkan jerawat dan membersihkan kulit.
Untuk sesiapa yang tidak tahu, bedak kompak ini menjanjikan kebaikan untuk rutin harian anda, ia boleh digunakan untuk touch up solekan, primer untuk kuku dan mata, sebagai dry shampoo dan juga antiperspirant untuk hari yang sibuk. Terbaik untuk semua, ia adalah kertas penyerap minyak yang mampu mengeluarkan sebum berlebihan untuk kulit lebih lembut dan jelas.
Jadi, bagi anda yang ingin mendapatkan bedak kompak edisi terhad ini, pastikan anda ke butik kecantikan innisfree secepat mungkin.
Lokasi: Sunway Pyramid G1.70 | Paradigm Mall Lot UG-11 | Pavilion KL Lot 4.02.02