Minggu sudah, penulis dijemput untuk melihat pertunjukkan fesyen di Kuala Lumpur Fashion Week 2016 bagi koleksi Schmiley Mo. Koleksi menarik ini adalah idea cetusan blogger dan ahli perniagaan terkemuka Indonesia, Diana Rikasari yang mempunyai minat mendalam terhadap gaya aneh berwarna-warni.
Untuk pengetahuan anda, wanita yang berusia 31 tahun ini kelihatan riang dan muda senantiasa kerana bijak bermain warna dalam cara pemakaiannya saban hari. Kalau tak percaya, anda boleh lawat laman blog miliknya di dianarikasari.blogspot.my
Koleksi rekaan sulungnya, Schmiley Mo banyak mengetengahkan elemen kemeriahan sambil disisipkan dengan perincian yang ‘nakal’ seperti penggunaan fabrik bertekstur, cetakan corak dengan warna menonjol serta tampalan bersulam.
Setiap helaian yang terdiri daripada celana denim, skirt berlisu, dress pendek, jaket, jeans, vest, baju-T bercetak dan kemeja, hampir semua memiliki kesinambungan nuansa berkarakter. Nampak ‘hip’ sekaligus sesuai dengan cara pemakaian anak muda masa kini yang gemarkan gaya ringkas bersahaja.
Tidak lupa, aksesori seperti anting-anting motif hati yang tertulis jenama Schmiley Mo seperti digayakan oleh para peragawati hari itu, ia umpama diinspirasi dari projek DIY! Dengan hanya bermodelkan stiker bersulam pelbagai motif, anda bisa sahaja mencantumkannya pada rantai cangkuk anting-anting (boleh dibeli di Daiso mahupun kedai kraf) untuk dijadikan aksesori cantik!
Secara kesuluruhannya, Diana Rikasari mencerminkan kredibiliti serta sifat cerianya menerusi koleksi pertama Schmiley Mo yang akan mula dipasarkan pada hujung bulan September 2016 ini. Seperti buku nukilannya yang popular, #88 LOVE LIFE banyak berkongsi tentang hal cinta dan kisah hidupnya untuk menyebar inspirasi positif kepada orang lain.
10 Inspirasi Fesyen Stiker Bersulam
Untuk anda yang beminat mahu mencuba fesyen unik seperti Diana Rikasari, ayuh Wanista kongsikan 10 inspirasi fesyen stiker bersulam.
#1 Baju-T
#2 Beg Sandang
#3 Seluar Denim
#4 Sarung Telefon Pintar
#5 Kemeja
#6 Topi
#7 Jaket Denim
#8 Kasut
#9 Tas Tangan
#10 Pakaian Dalam
Ha! Untuk artikel mendatang, penulis akan kongsi cara-cara DIY bagaimana anda boleh menghias pakaian dengan stiker bersulam sendiri, okay? Nantikan!