Wah, siapa sangka baby bump juga boleh dijadikan kanvas dalam menginterpretasikan kesenian. Gambar–gambar di bawah adalah hasil lukisan seorang pelukis wanita yang tinggal di Cornwall, United Kingdom. Menariknya, lukisan ini dibuat di atas perut ibu mengandung.
Menurut pelukis tersebut, dia mengambil masa lebih kurang dua jam untuk menyiapkan setiap lukisan tersebut dan setakat ini telah melakar lebih 130 lukisan sebegini. pelukis ini juga berkata sepanjang beliau dalam proses menyiapkan lukisan ini, beliau dapat merasakan bayi yang menendang dari dalam perut ibu-ibu ini. Apapun karya-karya ini memang unik dan menarik. Kami kongsikan antara 10 gambar lukisannya.
Kredit imej : Bored Panda & Facebook My Little Sweet Pea