Video Music Awards 2015 (VMA 2015) yang baru sahaja berlangsung pada 30 Ogos dengan pengacara yang merupakan penyanyi kontroversi pada tahun ini, Miley Cyrus.
Karpet merah pasti dihiasi dengan artis antarabangsa dengan fesyen yang sama ada diterima mahupun tidak.
Jika anda lihat, setiap gaya oleh Miley Cyrus adalah ‘di luar kotak’ dan sesetengah orang berkata “She’s just being Miley!”.
Daripada karpet merah ke pengacaraan di atas pentas VMA 2015, Miley Cyrus sentiasa memberikan kejutan dengan 10 gaya ini:
1. Miley menggayakan fesyen yang ‘bold’ dan sangat mendedahkan dengan gaya Atelier Versace warna perak. Untuk melengkapkan lagi gayanya, Cyrus mengenakan aksesori oleh Lorraine Schwarts termasuk subang berlian 35-karat dan cincin berlian 10-karat.
2. Pakaian Cyrus ini juga direka oleh Versace.
3. Seluar rekaan Versace ini dipadankan dengan bondage-inspired halter.
4. Dress pelangi mini yang direka oleh Jeremy Scott, dipadankan dengan heart-print pumps menunjukkan gaya ‘playful‘ Miley.
5. Emosi bukan sahaja boleh ditunjukkan melalui ekspresi muka tetapi melalui pakaian juga! Miley mengenakan lipstik merah dipadankan dengan over-the-knee boots warna putih.
6. Masih lagi mengejutkan suasana di VMA! Miley Cyrus tampil konfiden dengan pakaian lut sinar dengan hanya beberapa keping polka dot menutupi asetnya.
7. Direka oleh Prada, Miley tampil berkelipan dengan pakaiannya!
8. Miley dan warna-warni tidak akan terpisah! Dia menggayakan rainbow sequined jumpsuit dengan lengan panjang bolero bunga.
9. Pakaian yang direka khas oleh Prada ini tidak begitu mendedahkan dan tampak normal daripada gayanya yang lain.
Quirky dan menyeronokkan, Miley Cyrus pasti tahu bagaimana hendak memberikan gerlipan dan warna warni di atas pentas VMA 2015.