Kes dakwaan keganasan rumah tangga telah viral di Internet selepas seorang ahli perniagaan, Yasmin Karim, memuat naik salinan laporan polis ke akaun Instagram yang kemudiannya dikongsi oleh pelakon dan selebriti tempatan Wardina Safiyyah.
Laporan polis yang telah dibuat oleh Yasmin terhadap suaminya yang katanya adalah seorang juruterbang di syarikat penerbangan tambang murah AirAsia. Laporan tersebut dibuat pada 30 Julai. Walaubagaimanapun, ia hanya dimuat naik oleh Yasmin pada akaun Instagram semalam.
Wanita berusia 33 tahun, yang tinggal di Ara Damansara, Selangor, mendakwa dalam laporan polis bahawa suaminya telah menampar dan mencederakan lengan di hadapan rumah ibu bapanya di Jalan Sultanah Bahiyah di Alor Star.
Malah, terkini, Yasmin mendakwa bahawa pada masa ini, anaknya berusia 2 tahun (Rania) telah diambil dari dia dan bersama suaminya. Sambil berkata bahawa dia telah mencuba banyak cara lain dalam menangani kes ini tetapi terpaksa mengambil jalan keluar dengan media sosial dalam usaha untuk bersatu semula dengan anaknya.
Anda boleh menghubungi Dilla Karim untuk mendapatkan info lebih ke +60 19-333 0787.
Lihat keratan bukti dan gambar tertera di bawah
Sumber : The Rakyat Post, Forum Cari